Penyerang sensasi Hudson Dias sah menjadi milik Kuching FA selepas beliau diperkenalkan sebagai salah seorang pemain Kuching FA pada majlis tertutup kelab bola sepak tersebut Ahad lepas.

Status Hudson di Kuching FA menjadi tanda tanya selepas beliau ditawarkan kepada Kuching FA oleh Sarawak FA, namun Presiden Kuching FA, Fazzruddin Abdul Rahman telah mencerahkan sebarang spekulasi yang berkeliaran di media sosial dengan menyatakan bahawa kehadiran Hudson di dalam pasukan Kuching sememangnya dinantikan.

Fazrudin di dalam laporan Utusan Borneo menjelaskan bahawa Hudson sememangnya diminati oleh Kuching FA namun Hudson masih terikat dengan kontrak bersama Sarawak FA.

Beliau menjelaskan juga selepas beberapa perbincangan, Hudson berjaya diikat oleh Kuching FA sebagai penyerang tambahan kepada pasukan tersebut.

Dalam perkembangan sama, Fazzruddin juga berharap kehadiran Hudson mampu menambah sengat jentera Serangan pasukan Kuching FA.

Kuching FA adalah pendatag baharu di dalam Liga Premier musim ini dan menyasarkan kelompok lima teratas di dalam liga berkenaan.