Pasukan Liga Premier Kuching FA mahu kekal di Liga Premier pada musim hadapan.

Demikianlah objektif penting bagi pasukan tersebut seperti yang disebutkan Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman, dan dilaporkan TV Sarawak.

// IKUTI KAMI DI INSTAGRAM WWW.INSTAGRAM.COM/SARAWAKCROCS UNTUK BERITA BOLA SEPAK MALAYSIA DAN SARAWAK RINGKAS

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

>>Dapatkan jersi rasmi Sarawak United 2020 dan SarawakCrocs Tribal jersey kini di TheKedey.com.

Menurut laporan TV Sarawak, Kuching FA menyasarkan mengakhiri musim Liga Premier di dalam kelompok lima terbaik dan sekaligus mengekalkan status sebagai pasukan Liga Premier bagi musim ini.

Pasukan yang bertapak di Kuching itu juga menyasarkan mahu ke suku akhir Piala FA Malaysia pada musim ini.

Kuching FA dianggap ‘kuda hitam’ dalam saingan Liga Malaysia musim ini kerana pasukan yang baru berumur 5 tahun telah naik ke liga bola sepak kedua tertinggi di Malaysia dalam masa yang singkat.

Pasukan yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman Ideris Untong dipercayai tidak akan menghadapi masalah mencapai objektif yang sudah ditetapkan kerana telahpun mengikat ramai pemain berpengalaman bagi mengharungi musim pertama mereka di Liga Premier musim ini.