Kelab bola sepak Sarawak United A (SUA) bakal melayan kunjungan Melaka United di Stadium Sarawak.

Perlawanan tersebut dijadualkan pada 16 Februari ini dengan perlawanan dianjurkan pada sebelah malam.

Menurut grafik yang dikeluarkan SUA, perlawanan akan dilangsungkan pada sebelah malam, yakni pada jam 8:30PM.

Adalah dijangkakan SUA akan menurunkan pasukan terkuat mereka pada perlawanan tersebut bagi menguji keserasian pemain yang kini sedang dilatih oleh ketua jurulatih baharu.

Melaka United juga dijangka akan menurunkan pasukan utamanya memandangkan ini adalah antara perlawanan persahabatan terakhir pasukan tersebut sebelum sepak mula Liga Malaysia.

Dalam pada itu, pertembungan SUA dan Melaka United pasti akan sengit dengan kedua-dua pasukan cuba melakar kemenangan bagi memberi bekalan positif kepada permulaan kempen Liga Malaysia kelak.

Masuk untuk menyaksikan perlawanan tersebut adalah percuma.