Mantan penjaga gol pasukan Sarawak FA, Aidil Mohamed kini dikhabarkan sedang sakit dan memerlukan bantuan.

Berita berkenaan kesihatan beliau telah dikhabarkan oleh Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MUFA) yang memaklumkan bahawa satu perlawanan persahabatan akan dianjurkan pada 15 Februari ini bagi mengutip sumbangan untuk Aidil.

Perlawanan tersebut adalah diantara pemain veteran Mukah dan pemain veteran Bintulu.

Ianya dijadualkan pada jam 4.30Pm di Padang Mesra MDDM, Mukah.

Menurut kenyataan MUFA, hasil kutipan dari perlawanan tersebut akan disumbangkan kepada Aidil untuk menampung kos perubatan beliau.

MUFA dalam perkembangan sama juga mengharapkan kehadiran orang ramai pada perlawanan amal tersebut agar mereka dapat membantu dengan menghulur sumbangan ikhlas ke dalam tabung yang akan kita sediakan sepanjang tempoh perlawanan tersebut.

MUFA juga telah mengumumkan bahawa peminat yang mahu menyumbang terus kepada Aidil boleh berbuat demikian ke nombor akaun bank Aidil sendiri seperti yang tertera dibawah:-

No akaun: 161109286892 (Maybank)
Nama pemilik akaun: Aidil Mohamad
No telefon: 0148979277

MUFA dalam ruangan komen telah juga meminta peminat yang menderma terus kepada Aidil agar memaklumkan beliau apabila transaksi dibuat.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Posa Majais juga telah dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan sebagai bersimpati dengan nasib yang menimpa Aidil dan akan menubuhkan satu tabung khas bagi meringankan beban Aidil.

Laporan akhbar tersebut menyebut bahawa FAS akan menubuhkan satu tabung khas yang akan diletakkan di pintu stadium ketika perlawanan Sarawak United bagi mengumpul derma yang boleh disumbangkan kepada Aidil.