Pada 2 Mac yang lalu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia untuk membuka dua slot ke Liga FAM bagi mana-mana pasukan yang memasuki perlawanan akhir Liga Bolasepak Rakyat (LBR) Kebangsaan.

Dengan kejayaan manis Persatuan Bolasepak Kuching melangkah ke perlawanan akhir pada 28 Mei kelak, harapan peminat bolasepak Sarawak adalah sudah pasti untuk menyaksikan satu lagi pasukan dari Sarawak bermain di dalam salah satu liga professional di Malaysia.

Sungguhpun demikian, seperti juga pasukan Ibraco FC yang pernah ditawarkan tempat untuk bermain di salah satu liga professional Malaysia suatu ketika dahulu, keinginan Kuching FA berkemungkinan akan disekat oleh beberapa perkara yang getir dimiliki oleh sesebuah kelab bolasepak di Malaysia.

Dari pengamatan pihak kami, empat perkara dibawah bakal menjadi kekangan terbesar pasukan Kuching jika bertanding ke Liga FAM:

4KOS PERJALANAN BESAR

Pada tahun 2007, pasukan Sarawak telah terpaksa menggunakan bas ke Brunei akibat kekurangan dana. Pasukan Bujang Senang juga pada minggu sebelum kejadian itu juga gagal menghadirkan diri di perlawanaan liga menentang Pahang, disyaki juga akibat kekurangan dana. Dua kes ini membayangkan betapa keperluan sesebuah pasukan untuk menyediakan wang untuk pengangkutan dan penginapan pemain yang akan bermain di seluruh negara.  Kuching perlukan penaja besar bagi menampung kos ini jika ingin bermain di liga FAM kerana dianggarkan pihak persatuan memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 untuk satu perlawanan di tempat lawan bagi menampung kos tersebut.

Back

1 COMMENT

Comments are closed.