Kuching FA masih menanti keputusan jawatankuasa LBR

Pasukan Persatuan Bolasepak Kuching masih perlu menunggu hasil siasatan Jawatankuasa Pertandingan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) bagi mengetahui status lawan dan juga tarikh perlawanan suku akhir pertama pasukannya selepas pihak LBR bersetuju menerima rayuan kedua pasukan Jeli.

Kuching yang sepatutnya menentang Pasukan Persatuan Bolasepak Besut untuk perlawanan suka akhir LBR Kebangsaan menyaksikan perlawanan mereka ditunda buat kali kedua.

Ini adalah selepas wakil dari Kelantan, Jeli, membuat rayuan ke atas keputusan jawatankuasa pertandingan LBR berkenaan keputusan jawatankuasa tersebut menggugurkan tuduhan Jeli bahawa Besut telah menurunkan pemain tidak berdaftar.

Adalah difahamkan bahawa tarikh dan lawan pasukan Kuching akan ditentukan sebaik sahaja Jawatankuasa Rayuan LBR memutuskan rayuan pasukan Jeli.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top