Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dikhabarkan akan hadir di Stadium Negeri esok untuk menyaksikan perlawanan sulung diantara Kuching FA menentang PBMS FC di dalam Liga FAM.
Menurut sumber, kehadiran Abang Haji Abdul Rahman Zohari, atau lebih popular dengan gelaran Abang Jo adalah hampir pasti.
Perlawanan yang dijadualkan pada 4:15PM itu juga akan menyaksikan, buat pertama kali di dalam sejarah bolasepak Sarawak, sebuah pasukan dari satu bahagian bermain di dalam Liga Malaysia.
Turut dijangka hadir pada perlawanan tersebut adalah Pengurus Pasukan Kuchig FA, Fazzrudin Abdul Rahman, yang juga merupakan ADUN Tupong.
Kuching FA diundi di dalam Kumpulan B Liga FAM musim ini, dan telah menyimpan hasrat untuk kekal di Liga FAM untuk musim hadapan.
Kehadiran Ketua Menteri Sarawak di perlawanan pasukan bolasepak dari Sarawak bukanlan sesuatu yang baharu, namun kehadiran Abang Jo dilihat satu petanda sangat baik untuk bolasepak Sarawak.
Jadual perlawanan bagi semua perlawanan Kuching FA kini boleh diperolehi dan dilihat di Kalender Bolasepak Sarawak.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Dia ni.. Hmmmmm
Lesen balak apa crita bos? Kikiki
Sila jangan campur politik dengan bolasepak di sini boss. TQ.
Tapi kita yg jauh ni yg tk sempat
lesen balak mbak x..
Sila jangan campur urusan politik dengan bolasepak di sini tuan. TQ.
Btol tu.Sukan untuk semua dan eratKan kita di seluruh Sarawak.
Urg tok pelik juak tok nadai keja lain asyik politik jak
politik page lain pok..
Benar koh…politik rumah sebelah….page tok k bola sepak jak…tq….luv u SFA…
Kuching FA ada page official ka????
Belum ada setakat kami tahu lahh..
Bgi peruntukan utk team sarawak….
Confirm dah nya dtg esok..
duit lesen balak brik separuh ngn fas separuh gk simpan dlm laci jgn simpan bank tkt kantoi
Sila jgn campur hal politik dengan bola.
nok suka mok campurkan politik dgn bola ya jgn dilayan ya..org ya parti pbb ka..star ka..pbsm ka..pas ka..dap ka..asal nya penyokong kelab bol kita..kita mesti hormat sidak sbb kita sama2 fan.sik kisah fan susah mati ka fan lalang.mun bukan org kita jd fan..sapa gik.peace..jgn marah..haha
terbaik!
LIVE MIN..!!
Sebelum Kuching, Ibraco FC pernah maen Liga FAM juak admin sebelom tarit drik sebab masalah kewangan… Betulkan balit fakta ya OK admin…
Fakta betul. Kami menyebut pasukan bahagian. Ibraco bukan pasukan bahagian tetapi pasukan syarikat.
Mana² lah admin… 🙂
Tak payah pergi jauh dlu, majukan sukan bola sepak sarawak ni dulu. . . Bagi peruntukkan yg secukupnya…