Undian untuk peringkat Kumpulan Piala Dunia 2018 telah berlaku lewat malam tadi dan hasil undian tersebut menyaksikan Kumpulan D sebagai kumpulan paling menarik pada pengamatan kami.

Keputusan akhir undian Kumpulan Piala Dunia 2018
Keputusan akhir undian Kumpulan Piala Dunia 2018

Berikut adalah analisis ringkas kami berkenaan semua kumpulan yang telah tercipta selepas undian malam tadi:

KUMPULAN A: Mudah bagi Uruguay
Pasukan: Russia, Uruguay, Egypt, Saudi Arabia
Uruguay dilihat akan dengan mudah memasuki peringkat kalah mati pertandingan dengan tuan rumah Russia dan Egypt berusaha mengiringi pasukan Amerika latin itu. Peluang Saudi Arabia walaubagiamanpun dianggap samar.

KUMPULAN B: Calon utama adalah Portugal dan Spain
Pasukan: Portugal, Spain, Iran, Morocco
Portugal dan Spain merupakan calon utama untuk ke pusingan 16, namun kehadiran Morocco dan Iran boleh sedikit sebanyak menggugat kedudukan kedua-dua pasukan, walaupun semengnya ini dilihat agak sukar khususnya dari ranking piala dunia yang mana menempatkan SPain dan Portugal di kedudukan sepuluh pasukan terbaik di dunia.

KUMPULAN C: France sudah tersenyum
Pasukan: France, Peru, Denmark, Australia
Pasukan France sudah pasti tersebyum selepas undian dibuat kerana pasukan yang akan menenentang mereka mempunyai pelbagai masalah dalaman dan dilihat tidak menentu. Peru adalah antara pasukan terlemahg di Piala Dunia kali ini, Australia tidak mempunyai jurulatih tetap, dan Denmark bukanlah satu kuasa bolasepak yang disegani.

KUMPULAN D: Kumpulan maut yang pasti menarik
Pasukan: Argentina, Croatia, Iceland, Nigeria
Kumpulan D menampilkan empat pasukan yang seimbang walaupun ramai sudah pasti akan memilih Argentina sebagai pilihan utama. Sungguhpun demikian, rata-rata sudah pasti mengetahui Argentina hampir terlepas edisi Piala Dunia kali ini selepas keputusan hambar di peringkat kelayakan, dan Croatia memiliki ramai pemain yang berbakat. Dua pasukan lagi, Iceland mempunyai kekuatan berpasukan yang utuh, manakala Nigeria sememangnya bukan pasukan yang senang dilawan.

KUMPULAN E: Persoalannya adalah ‘Siapa akan iringi Brazil?’
Pasukan: Brazil, Switzerland, Costa Rica, Serbia
Brazil dilihat sukar ditewaskan di Kumpulan E dengan Serbia, Switzerland dan Costa Rica dilihat agak lemah. Dalam pada itu, persoalan utama yang timbul adalah siapa akan mengiringi Brazil ke pusing 16, dan disebabkan ketiga-tiga pasukan hampir seimbang, persaingan untuk tempat bersama Brazil pasti akan menarik.

KUMPULAN F: Terlalu mudah untuk Germany
Pasukan: Germany, Mexico, Sweden, South Korea
Sesungguhnya tiada yang boleh diadukan oleh peminat pasukan Germany kerana seperti juga France dan Brazil, pasukan di dalam kumpulan mereka dilihat agak ‘lemah’. Sweden dan Korea Selatan merupakan dua pasukan adalah pasukan yang rajin dan bekerja keras di atas padang, dan Mexico memiliki kualiti pemain yang menarik. Sungguhpun demikian, Germany yang mempunyai kehebatan di segenap posisi dilihat sukar digugat.

KUMPULAN G: England & Belgium semestinya
Pasukan: Belgium, England, Tunisia, Panama
Peminat England dan Belgium sudah pasti akan gembira dengan undian malam tadi kerana jarak kehebatan di antara pasukan mereka, berbanding Panama dan Tunisia adalah sangat besar. Sungguhpun demikian, dengan kedua-dua Panama dan Tunisia kurang dikenali umum, mungkinkan kedua pasukan ini mampu membuat kejutan?

KUMPULAN H: Terbuka kepada semua
Pasukan: Poland, Colombia, Senegal, Japan
Kumpulan H dilihat terbuka untuk mana-mana pasukan kerana semuanya dilihat seimbang. Pasukan Poland, Colombia, Japan dan Senegal sukar dibandingkan dan mereka sudah pasti akan mempuatkan persaingan di peringkat Kumpulan H menarik.

Comments

5 COMMENTS

Comments are closed.