Kuching FA mahu sambut tawaran FAM

Persatuan Bolasepak Kuching (Kuching FA) dikhabarkan sedang mempertimbangkan tawaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membenarkan mereka beraksi di Liga FAM pada musim hadapan.

Menurut Pengerusi LBR, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman, Kuching FA kini sedang giat mencari penaja bagi membolehkan mereka beraksi di Liga FAM, sekaligus menyambut tawaran FAM agar finalis Liga Bolasepak Rakyat (LBR) musim lalu diberi kemasukan automatik ke Liga FAM.

Liga FAM adalah Liga ketiga tertinggi di Malaysia, dengan penyertaan pasukan-pasukan dari seluruh negara.
Jika Kuching FA berjaya mengukuhkan kewangan mereka dengan mendapatkan penaja, Kuching FA akan menjadi pasukan kedua dari Sarawak yang beraksi di Liga Malaysia pada musim hadapan.

Musim 2016/17 LBR dijangka bermula pada 24 September 2016. dengan sebanyak 125 pasukan bertanding. Ini adaalah satu penambahan besar berbanding 110 pasukan yang mewarnai saingan musim sulung dari September hingga Mei lalu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top