Kuching FA mendapat satu lagi siaran langsung Liga M3 hari ini apabila perlawanannya menentang Armed Forces FC akan ditayangkan secara Live Streaming di Facebook Amateur Football League (AFL).

Perlawanan yang dijadualkan pada jam 4.45PM itu akan berlangsung di Stadium Mindef dan merupakan perlawanan sangat penting untuk Kuching yang kini mahu mengejar kejuaraan Liga M3 pertamanya.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Kuching yang berjaya menumbangkan Kelantan United minggu lepas, berjaya merapatkan jurang gol diantara kedua-dua pasukan di persada atas liga.

Sungguhpun demikian, kemenangan Kelantan ke atas Protap FC kelmarin kembali membesarkan jurang mata yang sebelum ini berjaya dikurangkan kepada enam oleh Kuching.

Dalam pada itu, Kuching yang memiliki kelebihan satu perlawanan perlu memastikan mereka memungut mata penuh jika mahu terus memberi tekanan kepada Kelantan, dan sekaligus memastikan hajat untuk mendapat promosi ke Liga Premier musim hadapan tidak tercalar.

Jika Kuching keciciran mata di Kuala Lumpur hari ini, Kelantan akan hampir pasti akan menjuarai Liga M3, sekaligus menyaksikan Kuching bertarung untuk slot ke Liga Premier melalui perlawanan play-off dengan Sarawak FA.