Kuching FA hilang ‘taring’ import

Kelab bolasepak Kuching FA kehilangan ‘taring’ penting dengan Liga Premier dijadualkan bermula Sabtu ini.

Akhbar Suara Sarawak melaporkan bahawa penyerang utamanya, Leonardo Alves kini cedera di lutut dan beliau mungkin terpaksa digugurkan.

Akhbar berbahasa Melayu itu melaporkan bahawa kecederaan tersebut adalah kecederaan lama yang berulang.

Dalam perkembangan itu, jurulatih Kuching FA, Ideris Untong, menyatakan bahawa Alves tidak akan dapat diturunkan sepanjang musim ini, sekaligus melenyapkan hasrat Kuching FA untuk menunggu Alves pulih dari kecederaan tersebut.

Keadaan dilaporkan memaksa Kuching FA kini mencari pengganti kepada Alves di dalam masa terdekat.

Ideris dipetik berkata “Amat menyedihkan, kerana kami kehilangan Alves ketika saingan hendak bermula.

“Pihak pengurusan sekarang ini dalam proses untuk mencari penyerang baharu,” jelas Ideris.

Dengan kecederaan Alves, Kuching FA kini terpaksa bergantung harap dengan Hudson Dias, Sufizal Ismail dan Paul Sambang untuk mengemudi barisan serangan pasukan Kuching FA buat sementara waktu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top