Pihak Malaysia Football League (MFL) dilaporkan telah memuji tindakan pantas pasukan Kuching FA dalam menangani kes Covid-19 yang berkaitan pasukannya.

Pada minggu lepas, seorang pemain pasukan tersebut telah positif Covid-19.

CEO MFL Datuk Ab Ghani Hassan melahirkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada Kuching FA, namun bersyukur ianya bukan kluster Liga Malaysia seperti yang digembar gemburkan.

“Kita bersimpati dengan apa yang berlaku kepada pemain Kuching FA. Dia positif di tempat kerja, dan dia bukanlah kluster Liga Malaysia seperti yang digembar-gemburkan” kata Datuk Ab Ghani Hassan lapor News Straits Times.

“Kuching FA mengambil langkah yang betul dengan mengkuaranti semua staf dan pemainnya.

“Mereka juga telah menjadualkan ujian calitan Covid-19 bagi semua yang terlibat, dan saya berharap keputusannya adalah baik.”

Ghani dalam pada itu juga memohon agar semua pasukan terus berjaga – jaga, dan memastikan semua SOP yang diperkenalkan diikuti .

Setakat ini, dua kes positif Covid-19 telah dikesan di kalangan pemain Liga Malaysia yang diketahui.

Satu melibatkan pemain Kuching FA, manakala satu lagi melibatkan pemain pasukan Kedah FA.