Pasukan Kuching FA bakal menerima kunjungan Selangor 2 apabila Liga Malaysia bersambung kelak, pada 26 Ogos 2020. Selangor 2 adalah pasukan simpanan kepada pasukan Liga Super, Selangor FA.

Perlawanan yang akan diadakan di Stadium Sarawak itu dijadualkan bermula pada jam 8:15PM.

Manakala, pasukan tetangga, Sarawak United FC pula akan berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Manjung di Perak untuk menentang pasukan Perak 2.

Seperti Selangor 2 ,Perak 2 juga merupakan pasukan simpanan kepada pasukan Liga Super Perak FA.

Perlawanan tersebut dijadualkan bermula pada jam 9PM pada 27 Ogos ini.

Kedua – dua Kuching FA dan Sarawak United akan memainkan enam perlawanan Liga Premier sebelum liga ditamatkan pada musim ini.

Daripada enam perlawanan tersebut, Kuching akan bermain empat kali di tempat sendiri, manakala Sarawak United akan bermain di tempat sendiri sebanyak tiga kali sahaja.

Kedua – dua pasukan perlu mula memenangi perlawanan masing – masing kerana kedudukan mereka kini di bahagian bawah Liga Premier.

Sarawak United di kedudukan ke-9 dengan tiga mata selepas empat perlawanan, manakala pasukan Kuching FA hanya memiliki satu mata daripada empat perlawanan.

Jadual pernuh perlawnan Liga Premier boleh diperolehi di laman FB MFL.