Malaysia Football League (MFL) telah bersetuju mengubah sistem pemberian nombor jersi kepada pemain di dalam Liga Malaysia pada musim hadapan.

Perubahan penggunaan nombor jersi pemain itu diumumkan oleh MFL dalam satu kenyataan media yang diterima pihak SarawakCrocs.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Perubahan sistem nombor jersi pemain itu bermakna semua pemain di dalam pasukan di dalam Liga Premier dan Liga Super pada tahun 2020 bebas menggunakan nombor jersi 1 hingga 99 tanpa mengira syarat yang sebelum ini telah dikenakan.

Sebelum ini, MFL menetapkan bahawa nombor jersi bermula bermula 1 hingga 30 hanya untuk pemain daripada skuad utama pasukan-pasukan Liga Malaysia, manakala nombor 31 hingga 50 adalah bagi pemain pasukan Piala Presiden, Piala Belia atau pasukan simpanan yang bermain dengan skuad utama.

Nombor jersi pemain Liga Malaysia sebelum ini juga menetapkan bahawa penggunaan nombor jersi bermula dari nombor 51 sehingga 60 adalah khas untuk pemain-pemain yang didaftarkan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Perubahan penggunaan nombor jersi ini kini bermaksud pemain pasukan Piala Presiden, mahupun Piala Belia 2020 boleh menggunakan mana-mana nombor dari 1 hingga 99 tanpa batasan jika mereka diangkat untuk bermain di Liga Malaysia musim hadapan.

Ini juga bermaksud bahawa pemain yang didaftarkan pada jendela perpindahan kedua juga boleh menggunakan kembali nombor jersi pemain yang mereka gantikan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.