Kelab bola sepak Kuching City memungut sata mata dalam perlawanan hujung minggu tadi selepas mengikat pasukan simpanan Selangor FC, Selangor II.
Perlawanan tersebut menyaksikan pemain Kuching City, Aliff Hassan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-22 dan gol tersebut bertahan sehingga tamatnya babak pertama.
Pada babak kedua, Selangor II menggandakan asakan mereka ke kubu Kuching City, dan ianya memaksa Kuching City banyak bertahan.
Serangan demi serangan Selangor II akhirnya membuahkan hasil apabila Joseph Kalang Tie tertampan bola masuk ke gawang sendiri, sekaligus memberikan Selangor II gol penyamaan yang dicari Selangor II.
Kedudukan terikat 1 – 1 itu kekal sehingga berakhirnya perlawanan, sekaligus meletakkan Kuching City di kedudukan semakin parah dalam Liga Premier dengan hanya tujuh mata dari lapan perlawanan.