Kuching City FC hari ini telah memperkenalkan dua jurulatih baharu yang akan menyertai Irfan Bakti dalam melatih pemain kelab tersebut.

Dua jurulatih tersebut adalah mantan ketua jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin, dan seorang lagi hanya dikenali dengan nama Dharmendra Mahalingam.

Sulaiman akan menjadi pembantu ketua jurulatih di dalam kelab muda itu, manakala Dharmendra akan menjadi jurulatih kecergasan.

Sulaiman Hussin bakal membantu Kuching City mencari bakat baru di kalangan pemain muda
Sulaiman bukan nama asing lagi di dalam arena bola sepak Malaysia selepas beliau membimbing pasukan UKM sejak 2017 kepada pasukan yang digeruni sehingga 2020.
Beliau yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Sarawak United FC, telah disambar oleh Kuching City pada bulan ini, sekaligus memberi bayangan bahawa Kuching City berhajat besar dalam membangunkan anak jati Sarawak menjadi pemain bola sepak profesional.
Dharmendra Mahalingam merupakan bekas jurulatih Felda dan Selangor
Dalam perkembangan sama, pihak kami tidak mendapat banyak maklumat berkenaan Dharmendra kecuali bahawa beliau pernah bekerja bersama Selangor FC dan Felda United.
hakikat bahawa Dharmendra merupakan mantan jurulatih kecergasan di dua kelab Liga Super membayangkan kebolehan tingi beliau dalam bidang tersebut.
Di samping itu, Dharmendra juga terlibat dalam beberapa program berkaitan kecergasan dan latihan berpasukan di Kuala Lumpur.
Penampilan dua individu yang boleh dianggap mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak ini sememangnya mengampuhkan lagi Kuching City yang kini boleh dikatakan mempunyai barisan kejurulatihan yang disegani.
Kedua – dua jurulatih ini telah memulakan sesi latihan bersama pemain Kuching City minggu ini tadi selepas menamatkan kuarantin 14 hari untuk Covid-19.