Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengumumkan rombakan pada dua jawatan penting dalam persatuan itu.

Rombakan itu melibatkan perubahan dua jawatan yakni jawatan Timbalan Setiausaha Kehormat dan juga Bendahari Kehormat.

Laporan media melaporkan bahawa FAS telah melantik mantan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sarawak, Paza Dan sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Bendahari Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) yang baharu.

Pelantikan Paza diumumkan sendiri oleh Presiden FAS, Posa Majais selepas mesyuarat Exco persatuan itu di Stadium Negeri, Petra Jaya.

“Kita telah sebulat suara melantik Paza Dan sebagai Timbalan Setiausaha Agung merangkap Bendahari FAS yang baharu.” kata Posa kepada UKAS.

“Saya percaya pengalaman beliau yang luas dalam bidang pentadbiran sebelum ini dapat membantu dalam menggerak dan menambah baik pengurusan persatuan,” tambah Posa.

Pelantikan Paza bermakna beliau akan membantu Jefry Lana yang memenang jawatan Setiausaha Agung FAS.

Paza dalam pada itu telah melahirkan keinginnan nya untuk menambah baik pengurusan FAS dari segi operasi dan kewangan.

“Inshallah, saya akan cuba sedaya upaya menambah baik pengurusan FAS, dari aspek operasi dan kewangannya.” katanya kepada UKAS.

“Dengan adanya penguruan baru ini, kita akan berusaha membangunkan bola sepak di Negeri Sarawak,” tambahnya lagi.

Terdahulu, diadakan mesyuarat melibatkan barisan exco FAS bagi membincangkan perancangan serta hala tuju persatuan itu.