Home Malaysian football Main ‘away’ sampai puas

Main ‘away’ sampai puas

Kelab bola sepak Kuching City dikhabarkan kini sedang dalam usaha untuk memastikan semua perlawanannya pada pusingan pertama adalah perlawanan di tempat lawan.

Mengikut laman Sarawak Football Update, beberapa pasukan dikhabarkan sudah bersetuju dengan cadangan ini, dan beberapa perlawanan lain sedang diatur bagi membolehkan Kuching City, muncul sebagai pasukan tunggal dalam sejarah Liga Malaysia, bermain di tempat lawan sepanjang pusingan pertama Liga Premier Malaysia.

Jika benar, usaha Kuching City ini bakal menyaksikan Kuching City menjadi tuan rumah kepada semua 11 lawan mereka di Liga Premier sebaik pusingan kedua liga bersambung selepas Hari Raya Aidilfitri.

Dengan situasi Covid-19 negara dilihat semakin pulih, hadir kemungkinan Kuching City mungkin akan boleh bermain di Stadium Negeri untuk pusingan kedua kelak, sekaligus membolehkan peminat bola sepak tempatan menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di depan mata mereka sendiri.

Buat masa ini, semua perancangan yang disebutkan diatas masih diperingkat perkhabaran, dan belum ada pengumuman rasmi, baik daripada pihak Malaysia Football League (MFL) mahupun Kuching City sendiri berhubung isu ini.

Sungguhpun demikian, jika ianya benar, ianya merupakan satu langkah bijak di pihak Kuching City yang akan menyaksikan mereka bukan sahaja menjimatkan kos perjalanan, tetapi juga membolehkan mereka memiliki kelebihan tempat sendiri sebenar pada pusingan kedua Liga Premier kelak.

RECOMENDED LINKS: