Kelab bola sepak Kuching City telah mengumumkan kerjasama dan penajaan oleh pihak Khaimal Borneo hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat di laman sosial kelab tersebut hari ini.

Kerjasama tersebut menyaksikan pasukan Kuching City mendapat penajaan bas oleh syarikat tersebut untuk melakukan jelajah Sarawak yang bermula hari ini.

Dalam upacara ringkas, pemain dan pegawai Kuching City telah bersama – sama bergambar di hadapan bas yang bermotifkan Kuching City, dengan bas serba hijau tersebut bakal digunakan sepanjang jelajah Sarawak pasukan tersebut.

Rekaan unik bas tersebut pasti mudah dilihat dari jauh dengan bas tersebut menyerlahkan warna rasmi kelab tersebut, yakni hijau, putih dan merah.

Di bahagian dalam, logo Kuching City juga tersemat pada setiap tempat duduk bas, sekaligus menyerlahkan lagi ‘rasa premium’ kepada bas yang sudah kelihatan bergaya.

Kehadiran bas dengan jenama Kuching City itu dilihat bakal memantapkan lagi jenama kelab tersebut di arena bola sepak Sarawak.

Kuching telah memulakan jelajah Sarawaknya hari ini dengan bertandang ke Sri Aman petang tadi.

Kelab muda itu dijangka akan pergi ke beberapa bahagian lain di Sarawak sebelum mengakhiri jelajah Sarawak di Miri kelak.