Kuching City wakili penyokong bola sepak Sarawak

Memandangkan tiada lagi pasukan dari Sarawak, kecuali Kuching City FC, bermain di Liga Super, penyertaan sulung kelab tersebut dilihat sebagai mewakili Sarawak.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Sarawak dan Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah berkata demikian ketika ucapan perasmian jersi baharu kelab tersebut di Kuching Waterfront malam tadi dimana dia berkata bahawa Kuching City bukan sahaja mewakili Kuching, tetapi seluruh peminat bola sepak Sarawak.

“Memandangkan Kuching City merupakan satu – satunya pasukan dari Sarawak dalam Liga Super, Kuching City bukan sahaja mewakili Kuching, tetapi seluruh peminat bola sepak Sarawak.” kata Karim ketika ucapannya.

Dalam pada itu, Karim menyeru seluruh warga Sarawak menyokong kelab tersebut dan menyatakan bahawa kelab yang bertapak di Kuching itu merupakan pasukan Sarawak.

“Harapan saya kepada rakyat Sarawak adalah supaya semua menyokong Kuching City.

Kuching City adalah pasukan Sarawak. ” kata Karim lagi.

Kuching City juga dalam usaha memastikan identiti Sarawak mereka jelas, dilihat telah meletakkan bendera Sarawak pada jersi mereka kali ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top