Pasukan Kuching FA akan meneruskan pusingan kedua Liga M3 dengan bermain pada waktu malam.
Menurut laporan Utusan Borneo, Kuching telah memohon kepada Malaysia Football League (MFL) untuk menggunakan Stadium Sarawak selepas rehat Hari Raya.
MFL dalam pada itu telah meluluskan permohonan Kuching, sekaligus bakal menyaksikan Kuching melayan kunjungan SAMB FC di stadium paling besar Sarawak itu.
Penukaran venue Kuching disahkan sendiri oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching Iswandi Ali yang menyatakan bahawa persatuan tersebut telah menerima pekeliling perubahan waktu perlawanan serta venue perlawanan dari pihak MFL.
Penukaran venue dan waktu perlawanan adalah untuk membolehkan peminat Kuching hadir ke stadium pada waktu yang lebih selesa.
Perlawanan pertama Kuching FA selepas Hari Raya adalah pada 15 Jun ini dengan sepak mula dijadualkan pada 8:15PM.