Pemain kelahiran Sarawak, Rodney Celvin Akwensivie masih tidak percaya beliau dipanggil untuk mewakili pasukan Harimau Malaya.

Menurut laporan The Star, Rodney dimaklumkan berkenaan panggilan untuk mewakili skuad kebangsaan melalui Nicholas Swirad, dan menyangka ianya adalah satu jenaka.

Beliau hanya mengetahui ianya adalah berita benar apabila namanya terpampang di laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Rodney berkata beliau telah lama menyimpan hasrat untuk mewakili Malaysia dan akan melakukan yang terbaik apabila dipanggil beraksi.

Pemain PKNS itu juga memaklumkan akhbar The Star bahawa Ketua Jurulatih PKNS, K Rajagobal telah memberi nasihat kepadanya sebelum dia melapor diri untuk sesi latihan pusat Harimau Malaya.

Rodney adalah pemain kelahiran Sarawak yang berdarah kacukan Ghana.

Bakat beliau sebagai pemain pertahanan telah menyaksikan beliau dibawa oleh bekas Ketua Jurulatih Sarawak, Rajagobal ke PKNS, dimana beliau kini bermain sebagai pemain kesebelasan utama pasukan Liga Super tersebut.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey