Ketua Jurulatih JDT FC II Ervin Boban memuji aksi pemain pasukan Sarawak FA.

Dalam temubual selepas perlawanan malam tadi, Boban berkata babak pertama adalah milik pasukan Sarawak yang jelas bekerja keras.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Boban walaubagaimanapun berkata babak kedua adalah ketika pasukan beliau bangkit dan mula menguasai perlawanan.

Beliau dalam pada itu berharap pasukan bimbingannya akan bangkit awal pada perlawanan akan datang dan tidak akan perlu menunggu sehingga ketinggalan sebelum bangkit.

Dalam pada itu, Boban berkata keputusan seri adalah wajar memandangkan kedua-dua pasukan telah bekerja keras dan menunjukkan satu perlawanan yang dinamik.

“Saya berpendapat bahawa babak pertama adalah milil Sarawak dimana mereka telah mengejar dan berlari.

Kedua-dua pasukan memiliki peluang yang sama banyak dan perlawanan seolah-olah akan seri.

Tetapi pada babak kedua kami mula menunjukkan karekter selepas pemain kami dibuang padang dan saya berharap kami tidak akan menunggu sehingga seseorang dibuang padang untuk bangkit.

Saya memuji kedua-dua pasukan dan tuah memihak kami untuk mendapat sepakan penalti pada saat akhir perlawanan.

Saya percaya perlawanan ini amat dinamik dan sesiapa yang menontonnya pasti terhibur”.

Sarawak dan JDT II berkongsi mata malam tadi di dalam perlawanan sulung Sarawak di Stadium Sarawak musim ini.