Home BERITA BOLASEPAK Kamaludin Akil dilantik Pengurus Pasukan Kuching City

Kamaludin Akil dilantik Pengurus Pasukan Kuching City

Kelab Liga Premier Kuching City telah mengumumkan bahawa salah seorang pemiliknya, Haji Kamaludin bin Akil, telah dilantik menjadi Pengurus Pasukanbagi saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Jawatan tersebut sebelum ini dijawat oleh Ideris Untong.

Pelantikan Kamaludin sebagai pengurus baharu dijangka tidak membawa banyak perubahan kepada struktur dan cara kelab tersebut beroperasi memandangkan beliau juga merupakan pemilik bersama kelab tersebut menurut satu artikel oleh Vocket.

Kuching City dijangka akan berhabis – habisan untuk musim 2022 bagi memenangi slot automatik ke Liga Super 2023.

Previous articleEnam pemain muda kelahiran Sarawak diserap masuk The Cats
Next articleMiri pusat untuk Sarawak United III