LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pasukan Piala Belia Sarawak United, yang juga dikenali sebagai Sarawak United III, akan menjadikan Miri sebagai gelanggang rasmi kelab tersebut.

Menurut laporan media tempatan, pemilik kelab tersebut, Posa Majais, mengesahkan hal tersebut dimana dia dipetik sebagai berkata Stadium Miri akan menjadi gelanggang rasmi perlawanan bagi pasukan tersebut untuk musim 2022.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Pemilihan Miri sebagai gelanggang rasmi bagi pasukan muda itu tidak asing lagi dimana kelab tersebut telah berbuat demikian sebelum ini.

Pasukan Belia 2021 telah dilatih oleh mantan Ketua Jurulatih Sarawak FA, Pengiran Bala, namun kedudukan barisan kejurulatihan pasukan tersebut untuk musim akan datang belum lagi diputuskan.

Posa dalam artikel sama telah menyebut bahawa senarai barisan kejurulatihan Sarawak United III akan diumumkan kelak.