Laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Sarawak mempelawa orang ramai dan penyokong Ngap sayot untuk menghadiri Sarawak Glory Karnival yang akan diadakan menjelang perlawanan pertama Liga Super di Stadium Negeri sabtu ini. 

Acara Karnival tersebut akan bermula seawal jam 10 pagi hingga jam 5 petang bertempat di Dataran Stadium Sarawak.

Acara tersebut akan menampilkan persembahan persembahan kiss dari penggiat seni tempatan seperti United Kids of Oi, RENZO dan The Origins. 

Selain itu, acara acara jualan cenderahati dan jersi pasukan Sarawak FA, permainan interaktif dan sesi pengenalan pemain Piala Belia, Piala Presiden dan pasukan Kuching FA turut diadakan. 

Pada jam 3 petang, peminat dan penyokong berpeluang untuk bertemu barisan pemain lagenda Sarawak seperti Alan Vest, John Hunter, Affendi Julaihi dan Jalil Ramli.  

Sesi cabutan bertuah turut dijalankan sepanjang masa Karnival dengan sebuah motosikal, serta peralatan elektrik seperti TV, oven dan mesin basuh dijadikan hadiah.

Comments

2 COMMENTS

Comments are closed.