Home Malaysian football Jersi Sarawak FA: Siapa untung, LSC atau FAS?

Jersi Sarawak FA: Siapa untung, LSC atau FAS?

FAS logo

Jersi baharu pasukan Sarawak FA telah dilancarkan dan jika komen dilihat, ramai yang positif berkenaan rekaan terbaharu musim ini.

Jersi Sarawak FA 2018 Home
Jersi Sarawak FA 2018 Home

Jika komen-komen di media sosial dijadikan ukuran, pasti penjualan jersi pasukan Sarawak FA yang kini lebih murah dari musim lepas, yakni pada harga RM119.90, bakal terjual dengan banyaknya.

Di dalam ucapan perasmian jersi Sarawak FA kelmarin, Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya dan Sukan, Datuk Karim Abdul Rahman Hamzah menggesa peminat bolasepak Sarawak FA membeli jersi sebagai tanda sokongan kepada pasukan bolasepak Sarawak FA.

Bagaimanapun, bagi ramai peminat, pembelian jersi bukan sahaja diharapkan menunjukkan tanda sokongan kepada pasukan kesayangan mereka, tetapi juga dengan harapan mampu membantu pasukan menjana wang bagi mengampuhkan lagi pasukan yang mereka sokong.

Ini kita dapat lihat di dalam pasukan-pasukan eropah seperti Manchester United, Barcelona dan banyak lagi, yang cukup padu kewangannya kerana jualan jersi atau barangan rasmi yang baik di seluruh dunia.

Tidak perlu kita pergi jauh, di Malaysia, JDT telah mengumumkan hasil sebanyak RM1.2 juta hasil jualan jersi.

PENJUALAN JERSI, SIAPA UNTUNG?

Ini seterusnya membawa kepada persoalan kami yang utama; Penjualan jersi Sarawak FA, siapakah yang mendapat untung? Adakah FAS, pemilik pasukan Sarawak FA, atau LSC, pemilik jenama jersi tersebut?

Kami akui, kami tidak mengetahui isi perjanjian di antara FAS dan pihak LSC sehingga ke hari ini, tapi kami suka bersangka baik bahawa pihak FAS sebagai pemilik dan empunya pasukan Sarawak FA mempunyai keuntungan lebih besar hasil jualan jersi tersebut, dan bukannya LSC.

Hal ini kerana, pembeli akan membeli jersi tersebut bukan kerana rekaannya, tetapi lebih kepada hakikat bahawa jersi tersebut dimiliki oleh sesebuah pasukan, dan dalam kes ini pasukan Sarawak FA.

Koleksi Jersi Sarawak FA 2018
Koleksi Jersi Sarawak FA 2018

Ini terbukti apabila jersi Sarawak FA tahun lepas yang dihina ramai akibat kewujudan logo maskot buaya, masih terjual dengan banyaknya sehingga ada yang melaporkan bahawa hanya saiz-saiz ‘pelik’ yang tinggal belum terjual.

Oleh yang demikian, bagi kami, adalah hanya wajar sekiranya FAS yang mengaut keuntungan lebih besar daripada hasil jualan jersi tersebut dan bukan LSC, walaupun rekaan jersi berkemungkinan dibuat oleh LSC, dan LSC adalah pengedar rasmi jersi berkenaan.

MENGAPA PERSOALAN INI KAMI TIMBULKAN?

Okay. Kami bukanlah pakar perniagaan ataupun pakar dalam bidang jersi ini, tapi kami cukup tahu bahawa industri kain, khususnya dalam pencetakan baju, mampu membuat wang.

Kenyataan ini pasti disokong oleh penjual baju yang tumbuh bak cendawan selepas hujan selepas Sarawak FA menjuarai Liga Premier pada musim 2013.

Akan tetapi, sejak tahun 2013 (tahun kami bermula) juga, kami sering mendengar FAS mengeluh mereka tidak mempunyai dana yang mencukupi.  Rungutan ini bertambah kuat musim lepas dengan beberapa ahli gabungan FAS turut mendakwa belum menerima geran yang dijanjikan FAS.

Ini kami rasakan agak pelik kerana jika FAS mendapat wang hasil daripada jualan jersi, pasti jualan jersi itu akan sedikit sebanyak membantu kewangan persatuan tersebut.  Bukan sahaja jualan jersi, jualan barangan dengan lambang FAS juga pasti membantu, sekiranya FAS mendapat untung dari jualan barangan tersebut.

Jadi persoalannya kembali, siapakah yang untung? Pengedar jersi ataupun pasukan bolepak (FAS)?

Kami berharap bahawa pihak berkenaan, khususnya Pengarah Komersial FAS yang kini sudah ada, akan hadir membuat sedikit penjelasan berkenaan hal ini kerana jika yang untung adalah LSC, maka setiap pembelian jersi Sarawak FA bukanlah ‘menyokong pasukan Sarawak FA’, tetapi lebih kepada menyokong LSC.

Kami juga bukanlah tidak menyokong LSC yang telah lama menyokong bolasepak Sarawak, tetapi bagi kami peminat harus tahu, sekiranya mereka hanya membeli jersi sebagai tanda sokongan kepada pasukan, ataupun setiap pembelian mereka juga bermaksud menyokong pasukan secara kewangan.

Jika FAS yang mendapat keuntungan lebih, maka seharusnya anda sebagai peminat nombor satu membeli dengan banyaknya jersi pasukan Sarawak FA untuk mak, bapak, adik, uncle, girlfriends, boyfriend, nenek, atok dan kawan-kawan anda sebab setiap pembelian anda membantu pembangunan bolasepak Sarawak.

Jika yang untung adalah LSC, maka ianya haruslah diketahui oleh peminat juga agar slogan ‘membantu bolasepak Sarawak’ tidak digunakan sebagai satu taktik pemasaran yang palsu.

Bukan niat kami menurunkan jumlah jualan jersi, namun kami percaya FAS harus lebih bijak jika tidak ingin selalu bergantung dengan kerajaan negeri untuk dana, dan salah satu adalah dengan mendapatkan keuntungan dari hasil jualan jersi.

Kalau tak ada jawapan atau penjelasan dari pihak-pihak berkenaan, jersi tribal dibawah ni boleh dipertimbangkan kerana penjualan jersi ini pasti halatuju keuntungannya, yakni kepada kami di SarawakCrocs. Hasil jualan jersi kami gunakan untuk membayar kos laman web, dan membawakan berita berkenaan bolasepak Sarawak, sekaligus memastikan bolasepak Sarawak sentiasa di dalam perbincangan anda.

Direka dan dijual oleh kami, ianya adalah untuk menampung kos operasi kami sepanjang tahun dalam membawakan berita bolasepak Sarawak kepada semua. Hubungi +60135693485 (DON) untuk menempah, atau terus sahaja ke kedai online kami Kedey.SarawakCrocs.

 

 

 

 

RECOMENDED LINKS:


50 COMMENTS

  1. Pendapat saya lah, tak apa jika LSC mendapat lebih untung dari FAS, jika LSC terus menjadi penaja Sarawak FA. Saya sendiri tidak begitu faham soal perniagaan dan penajaan, tapi jika LSC menaja dari segi kewangan bukan hanya jersi, apa salahnya. Kalau ada yang punya pandangan lebih baik, sila kongsikan.

  2. 50/50 untung bagi sama rata. Kalau boleh Baju jual ikut gred A dan B. Gred A mahal ikut standard dan gred B dijual harga perpatutan. Kalau saya mok beli baju gred A tapi untuk anak-anak beli gred B cukuplah. Bagi sokongan kepada pasukan negeri Sarawak. Cadangan aja tok.

  3. Selam sambil mnum aik la agakny nya tok at the last… Hahaha… Jersi musim lepas ctk… Syg x bli sbb ada boyak kiut.. Jersi yg sblmny ada juga beli… Wlu agak mahal.. Utk sokong team la agakny… Hopefully jersi yg baru ni bli la.. Tp cari yg murah yg ptg logo d dada… Agakny untung rugi tu xda la.. Klu lsc dh kluarkan pd fas brmakna lsc dh untung.. Cuma jersi tu trjual ka x oleh fas sn la fas tau dpt smbutan ka x.. Agakny la… Kita pnyokong bkn bisnes kain bju… Kna telus la dua entiti ni baru org x trtanya2… N hilang percaya… Xkan tiap thn budget x cukup.. Mst ada la silap ny pngurusan… Cuma buah fikiran jak.. Demokrasi..

  4. LSC menjadi sponsor. Hasil jualan akan mengembalikan wang sponsor kpd LSC.

    Bila isu jersi 2014 banyak kenak copy dolok yg benar2 nak benteras adalah LSC bukan FAS.

    Ramalan ku ajak utk di fikir siapa yg lebih untung.

  5. Xkisah la LSC molah untung sehingga la FAS pun ngluar jersey ngan merchandise diripun….ney la gaya, lom ada company lain mok molah jersey, mun ada, xsalah approach FAS,…xda jersey klak makei singlet main takut xlepas peraturan FAM juak…serba salah Apai Mambuk berjakuk….😊😊

  6. Rami yang sik kisah FAS rugi dalam deal tok dan menampakkan ketidak pahaman dalam isu tok.. mun sik da logo FAS ya kitak org maok meli kah jersey starsport kosong macam ya ajak? Memang LSC ya berniaga, tapi keuntungan nya dari sponsorship bkn di ukur dari duit ajak. LSC dah dapat free iklan, free airtime, dapat promot starsports. Sarawak FA patut lebih banyak syer keuntungan dari deal tok sebab kita sapot FA bkn sapot LSC.

  7. Di liga2 utama,, sponsor akan announce brp nilai kit sponsor sblom start season….sbb nya pky brand club ya…contoh newbalance announce 300million kit deal utk liverpool…padahal blom jual gik jersey ya liverpool dah dpt 300mill….cmnei NB mok cover 300mill? Sidak jual la jersey liverpool ya dgn apa cara skalipun msti more than 300mill supaya ada untung….dlm hal tok….club nang x da risiko rugi. Sbb sponsor yg pky jenama sidak…..camya juak dgn kes LSC-FAS…..kita x pernah tauk brp nilai sponsor LSC 🙊

  8. Tetap sokong Pskn srwk.. Harap duit yg belian jersi.. Duit ticket duit sponsor..dpt digunakan dgn sebaik mungkin FAS..kemajuan dlm bola sepak srwk yg kmk org sbg peminat dan penyokong maok.. FAS maok peminat dgr kata cdak… Tp FAS ptt dgr juak apa Peminat dan penyokong srwk maok!! Cnth terdekat penyokong maok MS10 masuk balit… Sbb keyakinan penyokong dgn nya kuat.. Bila kuat sokongan ya adalah padu..

Comments are closed.