Sarawak Super League Schedule

Sebanyak 132 perlawanan Liga Super akan ditayangkan secara langsung melalui iflix musim ini selepas satu perjanjian persefahaman ditandatangani oleh iflix dan FMLLP dimetrai sebentar tadi.

Iflix adalah syarikat streaming digital secara online terbesar di Asia Tenggara buat masa ini dengan yuran tahunan sebanyak RM96 setahun.

Menurut CEO FMLLP, Kevin Ramalinggam semua 132 perlawanan Liga Super, termasuk semua 61 perlawanan Piala Malaysia, semua perlawanan suku akhir Piala FA, dan satu perlawanan Liga Premier akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran khas di iflix.

Peminat juga boleh menonton perlawanan bolasepak Malaysia melalui iflix bagi musim 2018 adalah secara percuma.

Kevin menambah bahawa semua perlawanan bolasepak Liga Super juga akan ditayangkan di saluran television percuma (Free TV – TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9), dengan empat siaran langsung ditayangkan di saluran tersebut, dan dua di saluran digital, namun semua perlawanan akan juga ditayangkan menerusi iflix bagi musim 2018.

Dalam pada itu, iflix juga akan melabur sehingga RM300juta untuk membangunkan infrastruktur berkaitan siaran bolasepak Malaysia dalam jangkamasa 10 tahun akan datang.

Perjanjian FMLLP dan iflix merupakan sejarah baharu di dalam bolasepak Malaysia kerana sebelum ini, belum pernah ada jumlah siaran langsung sebanyak itu ditayangkan di Malaysia.

 

Comments

12 COMMENTS

  1. Sorry..Super league only. liga perdana live kt Radio. “Ramos mencari rakannya dseberang sana, melorongkan kepada Gilbert Cassidy Gawing…dan GOAL!”…ya dolokkk laaaaaa….

Comments are closed.