YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini menggesa Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) diuruskan dengan betul.

Beliau yang turut menyebut bahawa FAS merupakan penerima geran sukan terbesar di Sarawak menyatakan bahawa kerajaan Sarawak sentiasa membantu FAS tetapi tidak mahu FAS ditadbir di dalam keadaan serong.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Mengulas lanjut, Karim berkata beliau tidak mahu ada ketidakbetulan di dalam pengurusan serta penyalahgunaan wang berlaku di dalam FAS dan pengurusan persatuan tersebut, sambil menambah bahawa kerajaan Sarawak, dan sudah pasti penaja akan kecewa jika perkara seperti itu berlaku.

Karim juga menyentuh berkenaan gaji pemain pasukan bolasepak Sarawak FA di dalam ucapan beliau dimana beliau berharap gaji pemain akan dibayar mengikut waktu yang ditetapkan.

Ulas Karim, pemain juga tidak akan bermain sebaik-baiknya jika hadir masalah gaji.