Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya memperolehi keuntungan sebanyak RM1.2 juta hasil daripada jualan jersi semasa pelancaran jersi musim 2018.

Jumlah tersebut diumumkan pihak JDT di laman sosialnya, sekaligus menggambarkan bagaimana kelab bolasepak terkaya di Malaysia itu berjaya memperolehi keuntungan selain daripada hasil jualan tiket hari perlawanan.

Jersi JDT yang berjenama Nike hadir dalam tiga warna yakni biru, merah gelap dan biru muda dan ianya dijual dengan harga RM215 sepasang.

Melalui kiraan mudah, JDT dianggarkan telah menjual hampir 5,600 jersi pada hari pelancaran, jika tiada diskaun dikenakan.

JDT adalah antara pasukan terawal di Liga Malaysia yang bertindak bijak mengeluarkan barangan rasmi sendiri tanpa melalui pihak ketiga, sekaligus menyaksikan mereka berupaya mengaut lebih keuntungan dari hasil bukan bola sepak seperti jersi.

Selain jersi, JDT juga menjual telefon bimbit, mafla, dan beberapa barangan rasmi JDT yang lain.

Facebook Comments

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

2 COMMENTS

  1. Sarawak belum lagi umum jersi 2018..harap harga tak mahal rm50 sehelai..walau murah tapi laris dijual..harga mahal maka wujudlah cetak rompak…

Comments are closed.