Selepas post kami pagi tadi, pasti ramai yang yertanya tanya bagaimanakah rekabentuk jersi Sarawak FA bagi musm 2018.
Rata-rata komen yang kami lihat adalah agak positif apabila kami samakan bahagian belakang dengan jersi kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal FC.
Kini, selepas beberapa olahan hasil apa yang kami lihat, kami dapat memberikan bayangan kasar bagaimana jersi Pasukan Sarawak FA akan kelihatan.
Seperti tips-tips lepas berkenaan jersi Sarawak FA 2018, jersi Sarawak FA kali ini akan kelihatan ‘lain’, dengan warna putih menampilkan diri secara ‘agak banyak’ berbanding musim-musim sudah.
Turut berubah adalah kecenderungan rekaan menampilkan corak tribal Dayak seperti pada dua tahun sudah, dengan musim ini corak ala tikar atau corak kek lapis Sarawak menjadi motif utama. Logo juga kembali memaparkan logo FAS, mengantikan maskot buaya yang digunakan musim lepas.
JIka bahagian belakang lebih kepada Arsenal FC, bagi kami, bahagian hadapan jersi pula, boleh kami samakan dengan jersi Stoke City FC, atau Atletico Madrid di Liga Sepanyol.
Berikut adalah gambaran jersi Sarawak FA secara kasar yang telah kami lihat.
Samada anda merasakan ianya menarik atau tidak, itu adalah pendapat peribadi, namun jika anda ingin melihat secara live, anda kena nantikan hari Ahad ini.
Apapun, rekaan kami diatas tidak jauh atau sama dengan gambar yang dikeluarkan FAS hari ini.
Harga jersi baharu Sarawak FA ini dijangka dikekalkan seperti jersi jersi sudah, yakni menjangkau hampir RM200, dengan jersi replika dijangka di bawah RM100.
Untuk makluman juga, Jersi Tribal SarawakCrocs ada dijual secara pra-tempah di https://kedey.sarawakcrocs.com dengan harga RM70, ORIGINAL.