Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) bakal melancarkan jersi musim Sarawak FA bagi musim 2018 tidak lama lagi.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Komersialnya, Abang Abdul Rahman Abang Naim di dalam satu kenyataan terbaharu di laman Facebook rasmi FAS.
Tarikh, lokasi dan masa pelancaran tersebut akan dibuat tidak diketahui, namun adalah difahamkan bahawa warna jersi pada tahun ini ‘agak lain’.

Terdapat ura-ura pelancaran jersi akan dibuat di luar Kuching kali ini, namun jika ianya dibuat di Kuching, ianya hampir pasti dibuat di CityOne Megamall ekoran kerjasama LSC yang baik dengan pusat membeli belah tersebut.
Dalam pada itu, pihak kami menjangkakan FAS akan membuat pelancaran jersi rasmi sekitar minggu hadapan bagi membolehkan pasukan menggunakan jersi tersebut untuk perlawanan pertama menentang Kuantan FA di Stadium Negeri pada Jumaat, 2 Februari 2018.
Jika anda ingin mendapatkan jersi Tribal SarawakCrocs, anda boleh mendapatkannya dengan merujuk poster dibawah, atau membaca artikel ini.

RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Rega kelak sama mcm jersi adidas..
Amin
turun rega bos
mun Kat semanajung mcm ni nak odr
Jersi Sarawak FA or jersi Sarawakcrocs?
Sarawak fa
itu kena tanya LSC dan FAS. kami tak tahu urusan mereka
Baru atau cantik mana jersi jika pasukan main tak cantik pun takda guna lah
Ramei sik org datang masa ia oo…
Masih starsport?
189
Pakai apa jersi tp team x pandei menang x guna…kjap seri kjap kalah…semadi lawan team cikai bru dapat menang ya pun menang tipis…
Warna sinonim home adalah warna Merah, janganlah make warna pelik2
Logo ya kembalikan kpd logo asal, logo 2017 mcm logo katon jak
😂😂😂😂😂