Home Malaysian football Taklimat anti-rasuah untuk pasukan bolasepak Sarawak FA

Taklimat anti-rasuah untuk pasukan bolasepak Sarawak FA

Talimat Anti Rasuah Sarawak FA

Satu taklimat anti-rasuah oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) telah diadakan di Stadium Negeri kelmarin.

Dihadiri pemain-pemain, barisan jurulatih dan pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), taklimat tersebut memberi maklumat serta implikasi sekiranya seseorang mengambil rasuah di dalam Malaysia.

Adalah difahamkan taklimat tersebut telah dihadiri hampir semua pegawai FAS, jurulatih FAS, serta pemain pasukan bolasepak Sarawak FA, dengan lebih dari dua pegawai dari SPRM hadir.

Taklimat tersebut adalah hasil kerjasama FAS dengan pihak SPRM bagi membendung kegiatan rasuah di dalam bolasepak.

Tahun lepas, program sama juga dijalankan dengan pemain-pemain, serta pegawai pasukan bolasepak Sarawak FA, dan ianya diakhiri dengan majlis menandatangani surat Aku Janji.

SOURCEFAS
Previous articleJersi Sarawak FA 2018: Depan Stoke City, Belakang Arsenal, Corak Sarawak?
Next articleTerengganu FC lancar logo dan jersi baharu