Dengan tinggal kurang seminggu untuk pasukan Sarawak FA menonjolkan jersi terbaharunya, telah timbul spekulasi berkenaan rekabentuk jersi musim 2018.
Daripada sumber-sumber kami, jersi kali ini dikatakan berlainan warna daripada jersi sudah, sungguhpun jenama dan pengedarnya dijangka sama, yakni merupakan jenama Starsports, dan diedarkan oleh Lea Sports Centre (LSC).
Jika poster pelancaran digunapakai, nampak gayanya, sememangnya jenama tempatan StarSports masih akan menjadi jenama rasmi pasukan Bujang Senang musim ini, dan dengan pelancarannya dibuat oleh pihak LSC, sudah hampir pastilah mereka akan merupakan pengedar tunggal jersi tersebut.
Dalam pada itu, fokus kini adalah kepada rekaan yang dikatakan ‘lain’.
Kami agak pasti bahawa pihak LSC akan cuba menampilkan rekaan jersi yang unik bagi memastikan jualan jersi mereka terus bagus, dan dalam pada itu, perhatian kami tertumpu kepada rajah promosi tiket bermusim dibawah.

Jika dilihat, promosi tiket bermusim, termasuk juga barangan percuma (khususnya landyard) mempunyai satu corak yang agak jarang dilihat, seiras tikar atau kek lapis Sarawak.
Corak sama juga kami perhatikan hadir pada poster pelancaran jersi yang akan berlangsung Ahad ini.

Dalam pada itu, pihak kami percaya bahawa jersi Sarawak FA akan menggunakan corak tersebut, dan penggunaan warna-warna pada poster pas bermusim itu kemungkinanan adalah ‘hint’ bahawa demikianlah warna jersi pada musim ini, yakni lebih berwarna ‘neon’.
Apa pun, yang menjadi kepastian kini adalah jersi baharu Sarawak tidak akan menggunakan logo yang dikritik hebat musim lepas, dan akan menampilkan logo Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Berik la corak apa sekalipun…………
Bajet 90 rggt jk msti rami org meli
laku *kek lapis sarawak* kak tok eh! 👍
Jersi Kek Lapis Sarawak =)
Harap dalam 90 pun OK…. Baruk Rami org meli yg ori sik lelah sidak meli yg cetak rompak…
Sblum ni utk fans rm 55-65 jak. Yg player pkai mmg rm 165-175. Standard la tu….
Sya beli 2( fans & player) setiap tahun. Berbaloi….
Jgn jak baju batik k main bol ekekekekekeke
Baju batik
Boleh laaaaah
Ari raya kelak boleh jua pakey baju ya.
habis la knak makan.
jangan tak laku macam tahun lepas sudahlah…. berlambak di lea centre… nampak sangat tak lakunya..
lea centre sine x laku bos? hopoh, sarawak plaza, kuching sentral arum bulak tinggal home jak lagik. ijo dgn hitam nang xda lagik
Aok.. Home pun tinggal saiz2 nangkak jak…
Laku abis. Hitam sempat rebat sehelai. Hijau 2 helai. Hitam tinggal M. Size lain mmg xde harapan dahhh
Mana2 lah sia..janji harga berpatutan…👍
Syarifah Azura WM 😅
Tunggu jer smp dh release kang. Tgk mcm mna rupanya 😉😉😉😉
Rupe kek lapis la..haha
Kek lapis kan ader byk ghoper nyer.. 🤣🤣🤣🤣
Kompom jadi kek lah tahun tok..kenak mkan jak2…hahaha
Design jersey sik penting yg penting prestasi diatas padang
gasak jak sia…berik corak belacan juak…semua ehh
Corak sisik ikan terubok ok jwak…
jgn ja lah ,kek lapis ya sdap d mkn…team srwak snang d mkn dgn team lain..kikiki
Corak Mi Kolok pun xpa hahaha
Janji main bagus…game acak cukup la..
#Tkumpun
Bj jak lawa mun main kedak dolpin wat apa.sbgai peminat dn anak tempatan sarawak kmk mau team swk up lg smpai d geruni lwn.nie taun apa ceta.huhu..
baju batik mydin dipolah jersi kali
ada ku kesah, sukati ko pun lah sia.. nk molah corak kek lapis kah, molah corak kek batik kah.. sukati ko mesyen jak.. gasak jak pok
Engkah boyak makan kek lapis acak agik nyo
Jgn mala kenak makan team lain dah lah 😆
Ya kah.
Auk lah…
Toktabik
corak apa pun jersey tk pa janji menang main
I dont think soooo
Baju batik kali nak???
berbelang taun tok
Hahaha..nang antap…you you…👎👎👎👎
Sikmok design Kuih Jala tek ? Next year kali
Mmg kena lapis laaa
Makin la lembik.klk..bgs2 tribal riya
baguslah kek lapis…kalah main team lain makan kek sarawak…ha…ha…kalau menang kek lapis kualiti bagus..kalau kek lapis kalah…cair jadi susu…diketawakan team…lain…
apa kena mengena permainan dgn corak jersi…main bagus dlok baruk fikir molah macam² jersi…pal…i
Sedap dimakan kelak 😂😂
Lapar boleh makan dgn kopi