Tindakan Sarawak FA mengumumkan merehatkan ketua jurulatih Ian Gillian boleh dianggap kurang bijak. Namun tindakan menarik semula pengumuman yang sudah tular di laman sosial menjadikan Sarawak FA bahan jenaka bola sepak tempatan.

Majoriti peminat Sarawak malu dan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Jika benda sebegini boleh berlaku jelaslah mereka yang berada dalam FAS tidak tahu apa-apa tentang bola sepak tetapi masih mahu memegang jawatan tanpa rasa segan silu.

Pertukaran jurulatih bukanlah perkara baru dalam FAS malah boleh dikata setiap pasukan di Liga Malaysia. Namun hanya satu dua pasukan sahaja yang benar-benar berjaya dalam perubahan ini.

Mengambil contoh dua pasukan yang tersingkir ke Liga Perdana 2019, Kelantan dan Negeri Sembilan, mereka menukar sehingga 3 jurulatih namun keputusannya tetap sama. Mereka masih di takuk lama. Tidak berubah langsung.

Berbalik kepada Sarawak, mereka pernah berada di tangga kedua liga selepas 10 perlawanan awal namun mengakhiri liga di tangga ke 9. Pasti ada silapnya di dalam pasukan itu sendiri tetapi jurulatih yang menjadi mangsa.

Tindakan merehatkan jurulatih ini adalah “short stop measure” yang sebenarnya adalah alasan untuk menutup kesalahan pentadbiran pasukan. Memang mudah untuk meletakkan kesalahan ke bahu jurulatih tetapi isu sebenar tidak pernah dikenal pasti.

Pemain tidak pula pernah diperintahkan berehat. Mereka yang bermain sambil lewa tidak langsung dikenakan hukuman. Adakah masalah anak jati yang menebal masih menghantui pasukan Sarawak sehingga semua ‘orang luar’ yang masuk ditunjukkan jalan keluar oleh pemain tempatan.

Pengurusan pula akan terlepas dari sebarang audit kerana membuat tindakan popular yang dihalalkan oleh penyokong. Selagi perkara ini berlaku, sukar untuk bola sepak kita berubah.

#bubarsarawakfa adalah satu desakan penyokong yang jelas. Mungkin juga atas desakan ini Ian Gillian terselamat kerana pengurusan sedar bahawa tindak tanduk mereka diperhatikan.

Buat FA Sarawak, cukuplah menjadi bahan jenaka bolasepak tempatan. Ini Sarawak bukan Maharaja Lawak. – SARAWAKCROCS.COM/JJF

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

15 COMMENTS

  1. bila ku backup pengurusan lama.. bila FAS nektok slhkan pengurusan lama.. semua slhkan ku.. bgus pengurusan baru dedahkan kesilapan pengurusan lama.. tp nektok rupanya.. FAS nok baru tok jauh lebih teruk gik dari nok lama dlok.. semua nok dlm fas nektok sila out.. mun boleh mok dato sudasono ambik alih balit managememt FAS

    • Awgku Awgmu dekat selangor pkns ada akademi sendiri selangor pun ada akademi sendiri tidak termasuk lagi dgn akademi swasta dekat sana mereka buat akademi dari peringkat bawah umur sarawak hanya harapkan sekolah sukan

  2. Pengurusan teruk sangat. FAS teruk bukan jurulatih. Benda ni berpunca dari pihak atasan bukan jurulatih. Ambil jurulatih Pep Guardiola skali pun klau atasan tak bertanggungjawab pun tiada asil. Bosan dah dngar alasan yg mngarut mcam ni sudah..

Comments are closed.