Hampir lebih empat jam selepas Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) memadamkan pengumuman rasmi bahawa “Ian Gillan, Ketua Jurulatih Sarawak FA direhatkan secara serta merta”, akhirnya FAS tampil membuat kenyataan.

Kenyataan FAS adalah seperti di bawah:

Kenyataan FAS berhubung Ian Gillan direhatkan

Kami tidak dapat mengupas apa yang cuba disampaikan pihak FAS kali ini kerana bagi kami, ianya amat mengelirukan.

Jika FAS bermaksud mereka tidak jadi merehatkan Ian seperti kenyataan asal, kenapa ianya tidak dijelaskan dengan lebih mudah di dalam kenyataan ini? Mengapa juga kenyataan sebelum ini dipadamkan, sebaliknya ada makluman ‘Ralat’ pada kenyataan terbaharu ini?

Jika FAS bermaksud bahawa Ian telah bercuti sebelum ini dan akan ditamatkan waktu rehat, mengapa Ian berada di Selayang ketika Sarawak FA tewas kepada UKM di dalam perlawanan pembukaan Challenge Cup? Mengapa juga Ian dilihat turun berjumpa mantan jurulatih Sarawak FA, Alan Vest pada 4 Ogos lalu?

Terus terang kami boleh beritahu, kami kini keliru dengan kenyataan FAS ini.

Kekeliruan ini mungkin disebabkan kemahiran membaca Bahasa Malaysia kami kurang baik, ataupun penerangan tersebut sememangnya memeningkan kepala.

Apa pun, sesiapa yang memahami kenyataan tersebut, sila-lah bantu kami untuk faham. – SarawakCrocs.com/cdn

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE