Pengendali pasukan Sarawak FA, Ian Gillan mengakui bahawa pasukan bimbingannya kini menghadapi masalah gaji dengan ada pemain tidak dibayar sehingga kini.
Tambah Ian, pemain tidak dibayar gaji selama empat bulan.
Kenyataan Ian dipetik oleh Astro Arena yang mana turut mendedahkan bahawa beberapa pemain Sarawak FA telah turut sama memilih untuk tidak meneruskan perjuangan bersama pasukan yang mewakili Sarawak.
Beliau juga mengakui bahawa kekangan kewangan memaksa pasukan Sarawak FA tidak dapat membawa lebih dari dua pemain simpanan ketika menentang Terengganu FC II tempoh hari.
Dalam pada itu, Ia juga mengakui pasukan bimbingannya menerima campurtangan dari pihak luar dan beliau menjelaskan ini telah menggangu keharmonian pasukan Sarawak FA.
Ketidakharmonian pemain pasukan Sarawak FA hadir apabila ada pihak tidak suka akan pembaharuan yang cuba diterap oleh barisan kejurulatihan Sarawak FA.
Memandangkan pasukan Sarawak FA kini dibelenggu oleh pelbagai masalah, baik dari segi pengurusan kewangan, mahupun gangguan luar, ada baiknya pasukan Sarawak FA dibubarkan sahaja dan pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) memberi lebih fokus dan dana kepada pasukan-pasukan komuniti Sarawak. Bubarlah Sarawak FA. #BubarSarawakFA