Pasukan bolasepak wanita Sarawak kini sedang giat menjalani latihan intensif selama tiga minggu bermula 18 Mac lepas sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan bolasepak wanita berprestij Malaysia, Piala Tun Sharifah Rodziah di Miri.

Antara jenis latihan yang telah dirancang adalah latihan kekuatan, ketangkasan, kecergasan, teknikal, taktikal, sesi motivasi dan beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan sekitar bahagian Miri.

Jadual yang diterima menunjukkan bahawa perancangan pasukan Sarawak untuk kejohanan kali ini amat terperinci dengan latihan diadakan setiap hari.

Pasukan Sarawak terdiri daripada pemain-pemain sekitar Sarawak yang telah telah dikenalpasti berpotensi ketika saingan kejohanan Liga Bolasepak Rakyat Wanita 2017 yang berakhir baru-baru ini.

Jika diimbas kembali prestasi pasukan wanita Sarawak dalam Liga Bolasepak Rakyat Wanita 2017, pasukan gabungan Bintulu dan Sibu ternyata memberikan saingan yang sengit kepada pasukan pasukan lain yang bertanding.

Ini terbukti apabila pasukan tersebut mengakhiri kempen saingan Liga Bolasepak Rakyat Wanita 2017 di tempat keempat.

Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah dijadualkan akan berlangsung bermula 8 hingga 15 April ini di beberapa venue sekitar Bandaraya Miri.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey

1 COMMENT

Comments are closed.