Milikan penyokong mungkin langkah yang tepat apabila melihatkan keadaan FAS yang sangat tenat. Individu di dalam FAS seolah-olah tidak mampu memulihkan keadaan bola sepak Sarawak.
Dengan milikan penyokong segala keputusan yang dibuat perlu dibincang bersama. Ini perlu untuk mengelakkan keputusan satu hala atau syok sendiri yang sering berlaku ketika ini.
Mungkin pihak berwajib perlu memulakan langkah menjadi perantara untuk mewujudkan yayasan penyokong ini.
Orang Sarawak kebanyakkannya tidak berat hati untuk meletak RM500 sebagai yuran tahunan dan akan mendapat pelbagai kelebihan sebagai penyokong.
Ketika membuat lawatan di stadium sekitar Kota Melbourne, Australia banyak perkara tentang pemilikan penyokong dapat saya belajar dari sukarelawan stadium.

Mereka begitu bangga tentang keahlian mereka sehingga ia menjadi tradisi di dalam keluarga.
Jika saya sebagai individu mampu memahami konsep ini mengapa FAS yang diterajui bijak pandai gagal memahami konsep ini sedangkan Sarawak sering memilih Australia sebagai pusat latihan pra musim.
Disini mereka bukan sahaja memiliki kelab tetapi juga memiliki stadium dan menjana perbelanjaan kelab dengan membuat pelbagai acara di stadium dan aktiviti melibatkan kelab dan pemain.
Sudah sampai masanya kita bergerak ke haluan ini. Buang orang politik dari bola sepak dan juga sukan kecuali jika beliau benar-benar faham akan sukan.
Penyokong dan penduduk setempat patut mengawal kelab dan mempunyai sesuatu untuk mereka banggakan sebagai orang Sarawak. – SARAWAKCROCS.COM/JJF
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Mentaliti penyokong kita tak sama dgn di sana. Kalau pasukan asyik kalah saja mereka tak akan datang stadium. Kita perlukan pasukan yang kuat serta urus tadbir yang bagus mungkin pasukan kita akan berjaya.
YES setuju…urus tadbir yg jujur.
Geli ati ehhhh… Atur lok team sarawak… Biar di segan semua negeri or asian.. Baru lah adakan semua ya.. Tok gaji pun msalah… Mcm ne lah
Bukan Sarawak FA tapi Sarawak FC harus dimiliki peminat. Sebagai contoh Manchester Ada 2 kelab besar MU Dan MC tetapi Ada juga Manchester FA yang mengawal selia Dan mengurustadbir pembangunan bolasepak di Machester
selagi sidak management masih ada sikap ego dan bodoh sombong…mmg xkan ada masadepan bolasepak kta tuk
Tabung Harapan dah ada.. Tabung selamatkan Najib dah ada.. Apa kata polah tabung Selamatkan Bolasepak Sarawak… 😅
Xsilap aku team liga jerman, scotland sma rep ireland hmpir smua fans club ownership dh..bajet fans club hasil collection membership dgn fans la…tpi sarawak ni Susah skit… mentaliti fans blm smpai level tu lgi…mostly pemikiran msih hrp YB2 ja…klau mcm tu smpai bila pun suara fans x sepenuhnya dilayan oleh FAS kecuali fans club mbik alih dh
Baxther Ryan setuju
polah pun collection membership ujung ujung duit di bedal cdak dlm fa kelak
Tshu Kher Rhye The-rhun klau fans dh mbik alih mksd nya smua krja tu boleh dikalangan fans bh tu..klau msih FA pun bkn kau xdpt detect dorg mkn duit sbb laporan mmg dorg mesti bgi psl duit sntiasa…klau xpuas hati pecat org tu..dh fans ada kuasa…skrg ni sembang lebih pun suruh org FAS out xguna jga sbb mcm fans cma skdr penonton ja bgi dorg
Tshu Kher Rhye The-rhun fans yg labur duit kt FAS fans pun ada kuasa mau buang pecat kakitangan yg seleweng duit…lgipun smua laporan kewangan mmg fans perlu dibgitau jga tu…skrg ni fans ckp lebih pun buang si itu si ini pun xguna sbb fans team kita skdr penyokong sja…xda pegangan pun dlm FAS…klau xsilaplah kedah ada buat membership.. siap managemnt dorg ikt suara fans lgi mbik marcote…
setuju..
Siapa brani nyurong palak dolok…kikiki
Yg penting, dana kena ada
sepatutnya sarawak fa ni di tukar kepada sarawak fc atau united….. dan belajar la urus mcm club2 kecil di england dgn bajet yg kecil tapi mampu bersaing… club2 england mana ada mendapat dana dari kerajaan tapi mereka uruskan club dgn betul.. tapi masih manpu byar gaji player
it is a huge request…but it’s possible.
Belum lagi. Selagi ada kroni, susah nak maju. Ambil contoh, selangor buat champion league selangor. Swk pun boleh