Desas desus kini kedengaran bahawa pasukan Bujang Senang sedang sibuk mencari import asing baharu bagi musim 2017.

Komen di kalangan peminat yang rapat dengan pemain turut memperkuatkan lagi khabar angin bahawa hampir kesemua pemain import asing musim ini tidak akan kembali menyarung jersi Bujang Senang musim hadapan.

Menurut apa yang diketahui oleh SarawakCrocs, import asing yang kini menjadi pilihan, adalah dari negara di Amerika latin, walaupun buat masa ini, belum ada persetujuan telah dicapai untuk menandatangani pemain-pemain tersebut. Adalah difahamkan bahawa proses ‘scouting’ kini sedang giat dijalankan untuk mengenalpasti pemain yang sanggup dan mahu bermain untuk pasukan Bujang Senang.

Turut menjadi perhatian adalah beberapa pemain di Australia yang dipercayai akan mengisi slot import asing negara Asia. 

Pihak SarawakCrocs telah cuba mendapatkan maklumat lebih terperinci berkenaan status pemain import baharu ini, namun maklumat tersebut gagal diperolehi berikutan rundingan yang masih belum sah dan masih berjalan.

Sebelum ini, telah didedahkan bahawa pasukan Bujang Senang mungkin hanya mengambil tiga pemain asing bagi memperkuatkan pasukan mereka pada musim hadapan, namun ianya bergantung dengan keupayaan kewangan pasukan yang diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Dengan tumpuan sebelum ini teralih ke Piala Solidariti AFC yang berakhir semalam, tumpuan kini mula ke arah persiapan pasukan bimbingan David Usop bagi musim 2017.

Jika semua pemain import asing dilepaskan oleh David Usop, maka pasukan Bujang Senang boleh mengambil sehingga empat pemain asing, dengan satu daripadanya terdiri daripada negara Asia.

29 COMMENTS

  1. tukar semua pemain import.ambil pemain import yg muda.4 pemain import luar negara dan 4 pemain import tempatan.slbhnya pemain anak jati swk.supaya menjimatkan kos pembelajaan.nak cr pemian cr yg blh pakai spt pemain import jdt.jgn cr pemain import sekadar nama glamour tp bila main habuk pun tak ada.membazir duit.biar tak glamour nama janji main terbaik dan blh menjaringkan gol tiap2 pelawanan.br lah penyukong puas hati dan semangat nak menonton.jgn cr pemain tangkap muat sekadar melengkapkan kouta team bujang senang.duit hbs mcm tu je.lps tu mula nak cr pemain lain dah bazir mcm tu saja duit asyik tukar pemain sbb tesalah langkah.contohi dan belajar drpd ejen jdt atau tmj.👍👌

  2. Pandangan sya, baik kekalkan teah, junior n makeche sbb biasa dgn corak DU, klau ambik players baru kita blm tahu sejauh mana kemampuan mereka, hanya perlu ganti gilmar n cari players defensive midfielder…disitu kelemahan Sarawak sblm in…tak perlu guna 2 striker import…DU blh cri local sarawakian utk slot striker partner dgn Makeche…klu tukar semua players import pastu kemampuan xseberapa nanti pertengahan musim nk kena tukar pulak kn membazir je.

  3. Kita sama2 wait n see… jgn lupa beli pop corn. Takut cerita sama berulang macam tahum sebelom. FAS dgn Astro x jauh beza… tiap hari cerita yg sama diulang.

  4. toklah nasib penyokong Sarawak..setiap permulaan musim disajikan dgn cerita2 sandiwara yg menggiurkan tp bila dah start season semua tinggal abu duak suduk..time ya semua exco start nyalah org lain..players lah sik betul, fans gaok gilak sik sabar dan mcm2 lagik alasan!tapi sebaliknya ada yang sik pernah turun stadium pun nanggar team dikpun main! sik tauk team meroi kenak asuk team lain…sigh**

Comments are closed.