Sebenarnya, bukanlah kami nak mengapi-apikan perkara ini, tetapi sejak Tunku Mahkota Johor Tunku Sultan Ibrahim menjadi Presiden FAM, terdapat banyak perubahan berlaku di dalam arena bolasepak Malaysia.

Perubahan tersebut berlaku di dalam dan luar padang, dan yang paling sering dilihat, di media sosial. Paling ketara adalah cara page Facebook FAM diurus selepas berlakunya perubahan tampuk kepimpinan FAM, dimana ianya sering dikemaskini, dan dikemaskini hampir serupa laman Facebook Harimau Selatan (JDT FC).

Sesunguhnya, bukan kami mahu memberi fokus terhadap perkara tersebut kerana kami bukanlah pakar dalam update-update Facebook ni, dan kami pun semi-pro saja.

Tetapi, jawapan pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang terbaharu di media sosial Facebook berhubung kritikan beberapa individu terhadap tajaan bernilai tidak kurang RM104 juta oleh Ampersand Sports kami perhatikan agak menarik kerana ianya adalah buat kali pertama FMLLP menjawab kritikan dan tuduhan peminat secara sinis.

Anda boleh bacakan komen tersebut di bawah kerana kami sempat print-screen.

Jawaban kepada kritikan terhadap tajaan terbaru Liga Malaysia
Jawaban kepada kritikan terhadap tajaan terbaru Liga Malaysia

Kami tidak akan memberi sebarang komen lebih berkenaan cara FMLLP menjawab kritikan tersebut, tetapi bagi kami, bagus jugalah pihak FMLLP akhirnya mengkritik para ‘hulubalang papan kekunci’ ini sekali sekala agar mereka tahu juga kata-kata mereka perlu dijaga di media sosial.

Pendapat anda bagaimana?

Comments