Poster rasmi Piala Dunia 2018 Moscow telah dilancarkan hari ini dengan tinggal tiga hari lagi sebelum undian terakhir kejohanan berprestij terseut.

Poster yang menampilkan penjaga gol lagenda Soviet, Lev Yashin sebagai fokus utama itu telah dilukis oleh artis tersohor Russia, Igor Gurovich dan ianya dikatakan menggambarkan kesenian dan warisan bolasepak Russia.

Poster Piala Dunia 2018
Poster Piala Dunia 2018

Yashin adalah penjaga gol sulong yang mendapat anugerah Ballon d’Or, dan beliau telah bermain di dalam empat edisi Piala Dunia yaitu Piala Dunia 1958, 1962, 1966 dan 1970.

Bagi kami, poster tersebut sememangnya amat ‘retro’ dan merupakan satu perubahan menarik dari poster-poster Piala Dunia sebelum ini.

Comments