Pihak FMLLP yang menguruskan pertandingan Liga Malaysia hari ini mengumumkan trofi baharu bagi pertandingan Liga Super.

Menurut kenyataan rasmi FMLLP, “Trofi Liga Super Malaysia yang baharu telah direkabentuk dan dihasilkan teliti dengan tangan oleh tukang-tukang yang mahir dari tukang emas DiRaja”.

Tambah kenyataan FMLLP trofi tersebut merupakan hasil penyelidikan dan buah fikiran FMLLP, dan ianya diperbuat daripada tembaga, perak dan emas tulen 24k.

Trofi Liga Super Malaysia itu berdiameter 252mm di bahagian tapak, berketinggian 633mm dan seberat 20 kilogram dengan nama pemenang tahunan bakal diukir di bahagian bawah belakang trofi, dengan logo pasukan juara dipateri di bahagian pusat trofi kelak.

Menurut FMLLP lagi, trofi baharu tersebut berkonsepkan futuristik dan elegan, dan ianya direka seolah-olah figura meraikan kejayaan mengungguli liga. – SarawakCrocs.com

Comments

13 COMMENTS

Comments are closed.