Alan Lagang Keryer yang telah dipanggil ke kem latihan pasukan kebangsaan bagi pasukan bawah-19 tahun teruja dengan peluang untuk beliau merebut tempat bagi mewakili Malaysia di Kelayakan Piala Dunia Remaja bawah 20 Tahun.

Penyerang berusia 19 tahun itu memberitahu Suara Sarawak bahawa beliau akan melakukan yang terbaik bagi membolehkan beliau disenarai pendek ke dalam pasukan akhir byang dikendalikan Ketua jurulatih, Bradley Maloney.

Kelayakan Piala Dunia Remaja bawah 20 Tahun akan diadakan pada tahun 2021 di Uzbekhistan.

“Saya akan lakukan yang terbaik untuk menebus segala kesilapan tahun lepas. Saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin kerana saya adalah satu-satunya anak Sarawak yang diberi penghormatan membawa nama negeri. “Ia adalah satu tanggungjawab besar buat saya,” katanya yang kepada Suara Sarawak.

“Saya perlu bekerja keras dan menyesuaikan diri untuk bersaing. Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak mencabar kerana tidak dapat berlatih di padang.” tambahnya lagi.

Pemuda berbangsa Kelabit merupakan penyerang untuk pasukan Liga Premier Sarawak United FC dan pasukan Sukma Sarawak.

Pada tahun lepas, Alan turut berjaya dipanggil ke senarai skuad Bawah 19 tahun untuk Kejohanan AFC, namun beliau tidak dapat disenaraikan di dalam pasukan akhir apabila beliau mengalami kecederaan teruk.