Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengatakan pihaknya masih lagi meneliti serta mempertimbangkan status pemain skuad Bujang Senang.
Menurut Pemangku Presiden FAS, Tuan Haji Abdul Wahab Rahim pihaknya masih meneliti berkenaan pemain yang harus dikekalkan atau digugurkan.
Sungguhpun demikian, Wahab dalam temuramah bersama akhbar Utusan Borneo mengakui bahawa pihaknya akan mengutamakan pemain dari Sarawak, dengan pemain dari luar Sarawak hanya diambil untuk mengimbangi pasukan jika perlu.
Wahab dalam pada itu dilihat memberi indikasi bahawa pemain luar Sarawak yang diambil, harus bermain di dalam kesebelasan utama Sarawak, dan tidak hanya memanaskan bangku simpanan seperti yang berlaku pada musim ini.
Dalam pada itu, Wahab turut mengesahkan pasukan Bujang Senang turut akan dibintangi pemain import pada musim hadapan.
Untuk senarai pemain Sarawak 2017, sila ke sini.