Dengan bermulanya latihan rasmi pasukan Bujang Senang kelmarin, tiga pemain dijangka akan ditamatkan kontrak bersama pasukan bimbingan David Usop.
Pemain yang dijangka ditamatkan khidmat adalah pemain tengah, Junior Aparecido, dan dua pemain bahagian serangan, Gilmar Filho dan Ndumba Makeche.
Ketiga-tiga pemain tersebut merupakan pemain import yang diambil pasukan Bujang Senang ketika ianya dibawah bimbingan bekas jurulatih Sarawak, K Rajagobal, dan mereka tidak hadir ke sesi latihan pertama kelmarin, sekaligus menyaksikan pasukan Bujang Senang memulakan kempen persediaan musim 2017 tanpa pemain import luar negara secara rasmi, sungguhpun Teah Dennis telah turut sama mengikuti sesi latihan tersebut.
Adalah difahamkan bahawa pihak pengurusan baharu Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengambil langkah berjimat cermat untuk musim hadapan, dan ketiga-tiga pemain import tersebut dilihat ‘terlalu mahal’ untuk terus dikekalkan. Status Teah juga masih di dalam pertimbangan buat masa ini, namun beliau dikhabarkan mungkin ‘selamat’.
Sungguhpun demikian, dengan ketiadaan pengumuman rasmi daripada pihak FAS buat masa ini, status hampir kesemua pemain, termasuk pemain tempatan, masih lagi menjadi satu tanda tanya dan spekulasi akan terus timbul sehinggalah senarai pemain diumumkan secara rasmi.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Good so Sarawak xpyh guna player import guna semua player local cuz bajet xda sangat
Crik impot asia jk snang, x boh nak jual karpet
[…] Tiga pemain Sarawak dijangka meninggalkan Bujang Senang […]
Better amik asean jak mun xmampu..singapore pn good option..n mbak balik player kdak zm7 n venice..key pnuhkn player swak
Sik faham dah tukar pengurusan FAS trus miskin ka…
sarawak perlu pemain midfield yg lebih bagus dari junior apracedo, dan seorang penyerang yang lebih bagus dari mekeche dumba, kalau boleh kena guna juga khidmat awang import sekurang2nya 3 org.
Iboh carik pemain impot….banyak agik anak anak muda sarawak berbakat.angkat nama sarawak bersih x ada permain impot….baruk gentelmant
sarawak jd pasukan belasahan.. tok bkn Sukma bro
Yalah tekk bro….org nak kurangkan kos tek nak…..apa apapun sarawak mmg best…agik idup agik ngelaban…..
Pemain import luar amat diperlukan,pilih yg berkuality
Ambik stiker kemboja…..Thanaka… kacak maen…