FAS – Fikir, Aplikasi dan Selaras (Bahagian I)

(Nota: Ini ialah artikel pertama daripada dua bahagian mengenai topik ini)

Kita tahu akronim FAS di sini merujuk kepada Persatuan Bola Sepak Sarawak, yang disesuaikan mengikut nama penuhnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Football Association of Sarawak.

Menyebut FAS seolah-olah menggambarkan perkataan “fast” yang bererti “pantas”. Memang sepatutnya, FAS ialah sebuah badan yang perlu pantas untuk memartabatkan bola sepak di negeri ini, bukan sekadar kepada pasukan Sarawak FA.

Untuk melihat dengan lebih lanjut apakah yang boleh diperincikan daripada akronim FAS ini, kita mesti memahami apakah maksud Fikir, Aplikasi dan Selaras ini kerana setiap satunya akan membuka mata betapa FAS harus menjadi FAS untuk kekal relevan.

Fikir

Semua pihak dalam FAS – termasuk ahli gabungan bahagian, penaja, pengurusan, jawatankuasa dan kakitangan harus berfikir lebih dalam untuk mengenal pasti masalah dari akar umbi hinggalah ke yang utama. FAS juga harus berani untuk mengadakan sesi bertemu dengan pakar dalam bidang berkaitan, bersoal jawab dengan penyokong dan pemegang taruh.

Aplikasi

Selepas mengenal pasti isu atau masalah melalui kaedah-kaedah di atas, FAS hendaklah melakukan penambahbaikan dengan mempelajari model-model pengurusan persatuan yang lebih bagus dalam segenap aspek. Secara berperingkat, ini boleh diaplikasi dan disesuaikan mengikut perancangan. Aplikasi ini bertujuan membentuk struktur FAS yang lebih kemas, berdaya saing dan bernilai. Jika aplikasi daripada sistem luar ini membuahkan hasil, maka gabungan bahagian atau kelab tempatan boleh mengaplikasikannya untuk kebaikan masing-masing.

Selaras

Semua di atas, jika tidak diselaraskan ke segenap aspek dan pengkhususan, akan menjadikan segalanya tidak berhasil seperti yang diharapkan. Melalui pelarasan, FAS boleh memantapkan lagi pembaharuan atau penambahbaikan yang dilakukan supaya berkekalan dan relevan mengikut peredaran masa. Selaras memudahkan, dan juga menguntungkan.

Jadi, bahagian kedua topik ini akan mengupas tentang pasukan, mengikut idea FAS.

Apa-apa pun, kita agar Sarawak dapat menghasilkan permainan mantap, seterusnya keputusan baik pada esok hari. Encang Sarawak Encang! – SARAWAKCROCS.COM/RSI

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top