Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia telah berakhir dengan banyak keputusan yang mengejutkan. Empat pasukan Liga Perdana berjaya mengejutkan lawan dari Liga Super.

Selain kejayaan MIFA menundukkan gergasi JDT, Sabah juga mencuri tumpuan apabila berjaya mencuri satu mata di Kuantan. Kini Sabah berjaya menjual pasukan mereka kepada peminat bolasepak tanah air.

Ada beberapa perkara yang boleh FAS pelajari dari Persatuan Bolasepak Sabah FA (SAFA).

Sabah FA bukanlah satu pasukan berbajet besar namun mereka berjaya menguruskan pasukan dengan baik dan menanam sifat ingin menang kepada barisan pemainnya.

Dalam terma bahasa Inggeris, “believe” telah dijadikan filosofi kepada pasukan. Sabah hanya menggunakan jurulatih tempatan berbanding Sarawak. Namun Jelius Ating bukanlah nama asing bagi bolasepak Sabah. Beliau adalah individu penting di zaman kegemilangan pasukan Sabah dahulu.

Barisan pemain tempatan Sabah juga sangat berbakat sehingga Rawilson berjaya memikat hati jurulatih pasukan negara. Nama seperti Maxsius Musa mula meniti di bibir peminat Sabah. FAS harus memastikan bakat-bakat tempatan Sarawak mempunyai kualiti untuk bersaing di Liga Perdana.

SAFA juga berbelanja mengikut kemampuan mereka dengan tidak sering menukar jurulatih mahupun pemain import. Dengan ini dana yang ada pada mereka digunakan dengan sebaik mungkin dan akhirnya gaji pemain di bayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

FAS perlu dibina semula dengan meletakkan satu filosofi yang harus difahami dan ditanah di dalam diri setiap pemain. FAS juga perlu bersifat sedar diri dalam berbelanja. Di peringkat transisi ini, penyokong akan faham jika Sarawak gagal dalam beberapa misi jangka panjang mereka.

Pengiran Bala, Jalil Ramli atau juga David Usop mungkin boleh dilantik semula menjadi jurulatih di peringkat transisi ini. Beliau dihormati pemain tempatan dan beliau mampu mengesan bakat-bakat baru di seluruh Sarawak. Berbelanjalah ikut kemampuan dan kejayaan pasti menyusul.

Tahniah SAFA dan tahniah kepada kesuluruhan pasukan Sabah. Teruskan kecemerlangan anda di Piala Malaysia sementara Sarawak akan membawa cabaran Borneo di Challenge Cup. – SARAWAKCROCS.COM/JJF

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

11 COMMENTS

  1. Next season biar Safri Amit jadi coach…rebuild balit team ibuh nk berangan nait LS 2020 dolok…ketengahkan players muda spt Peter Frank, Abbel (adik bonai), Nurfirman dan yg lain2…mun bena sik cukup bajet bait sikboh ambik local import…import luar pun biar 3 org jk…kekalkan BG19 nok lain ia buang…

  2. Buang org2 fas dolok… Baru team Swk dpt maju..mun Masih org yg sama…kos perbelanjaan pun Masih sama…rentak kepimpinan pun ttp sama.. bgs buang semua….

    #katakuajak

  3. Audit kewangan atur benar2..malu aku dngar terang2 tmj mdh sarawak fa sik molah audit kewangan utk 3 thn berturut2..pmain sarawak rami yg berbakat. Caya la..dengan pngurusan yg telus dan integriti, mempunyai hala tuju yg jelas. Bola sepak di sarawak mampu nait balit

Comments are closed.