Pasukan Melaka United (MU) memintas pasukan Sarawak FA di persada Liga Super selepas berjaya membawa tiga mata penuh dari Stadium Negeri malam tadi. 

Bermain di hadapan lebih 7,000 peminat bolasepak, kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan berhati-hati dengan pasukan Sarawak FA menunjukkan hantaran yang baik dan tepat. 

Sungguhpun demikian, satu serangan kilat oleh pasukan MU pada minit ke-13 menyerlahkan kelemahan benteng pertahanan Sarawak FA yang membenarkan Amri Yahyah menghantar kemas bola ke Jeon yang mudah merembat masuk gol kemenangan pasukan MU, menewaskan penjaga gol Shahril Saa’ri. 

Sarawak FA cuba bangkit selepas gol tersebut tetapi dengan bahagian tengah pasukan tersebut seolah-olah kaku, dengan kedua dua penyerang Mark Hartmann dan Mateo Roskam juga dikawal rapi pemain lawan.  

Melaka juga turut bijak menekan setiap pemain Sarawak FA,  dengan memintas pintasan-pintasan penting bagi mematahkan serangan demi serangan yang dibuat Sarawak FA yNg terus gagal menemui sasaran. 

Pada babak kedua, Sarawak FA sekali lagi cuba mencari gol penyamaan, namun MU terus utuh mempertahankan gawang mereka,  sekaligus menyaksikan MU pulang dengan tiga mata berharga dari Kuching.

FT Sarawak FA 0-1 Melaka United 

26 COMMENTS

  1. inilah yang terjadi bila pasukan ingin menggunakan 90% local player.bukan kita tak kata idea tu tak bagus untuk pembangunan negeri sarawak…tidak diragui sarawak memang mempunyai ramai pemain muda yang berbakat tetapi sesebuah kejayaan juga ditentukan oleh faktor lain…..contohnya Chelsea,berapa orang pemain inggeris dalam pasukan itu?

  2. So…coach David Usop..u masih ‘gembira’ dengan keputusan tok?seperti game lawan pahang hari ya?

    Please Coach, do something..jangan tido gik kedak coach2 lain..bangun kitak…coba nangga team lain nektok dlm Super League main gine…control ball bagus, shield ball, positioning, stamina…jangan jadi cam
    Penang laa…

    Gunakan transfer window kelak cari player bagus pake nganti bek kanan ngan midfield..

    Jangan mimpi nak berjaya tanpa pemain import…ya pemikiran ketinggalan zaman gilak dah coach…sikkan setiap season maok di relegation battle??

    Sorry Coach…Negur tok, sebab aku sayang team sarawak…

    • 100% setuju dgn komen u bro…anak aku nok form 1 yg sik pernah main bol..cuma nanga match dlm TV pun ngutuk tactical coach tok…main bol menang dgn jaringan bukan d kira makei berapa lamak control bol..tactical 4.last night game is Shit…tukar jak player No.7,8 & 22 ya…..

Comments are closed.