Petang ini, pasukan Sarawak akan memulakan kempen Challenge Cup menentang pasukan UKM FC.
Bermain di Stadium Selayang, tentunya kemenangan yang kita mahukan, lebih-lebih lagi gelanggang ini pernah diumpamakan sebagai “Mini Kuching” kerana kekerapan Sarawak beraksi dan mencatat kemenangan di sini, termasuklah kehadiran penyokong setianya.
Rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan adalah seimbang. Sarawak menang 2-1 di Kuching, manakala UKM juga mencatatkan kemenangan sama di tempat sendiri.
Persediaan skuad Bujang Senang ini bertumpu kepada keberkesanan transisi serangan dan kemampuan teknikal pemain. Dalam perlawanan menentang Felcra FC tempoh hari, banyak aspek yang perlu diberi tumpuan, yang pastinya diperbaiki semasa sesi latihan.
Masalah ketara Sarawak ialah penguasaan bola yang tidak kemas, kurang kreatif di bahagian tengah serta transisi serangan yang kurang mantap. Sungguhpun begitu, Sarawak berani mempelbagaikan serangan dengan sayap yang laju yang boleh membimbangkan pertahanan lawan, dan pemain-pemain muda yang berbakat.
Bagi skuad The Varsity Boys pula, ini merupakan satu medan untuk membuktikan kemampuan mereka bersaing memenangi piala untuk musim ini. Pencapaian mereka dalam kempen Liga Premier musim ini boleh dikatakan agak membanggakan dengan berada di kedudukan ketujuh. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai masalah di bahagian tengah yang boleh dieksploitasi Sarawak untuk mengganggu sistem kawalan mereka.
Kita berharap agar Ian Gillan dan Pengiran Bala memformulasikan taktikal yang sesuai untuk memenangi perlawanan ini. Kemenangan petang ini adalah penting kerana ianya akan menjadi petunjuk kepada iltizam Sarawak untuk sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir nanti.
Buat anak-anak Sarawak di Lembah Klang, datanglah ke Selayang untuk memberi sokongan kepada pasukan. Perlawanan akan bermula pada jam 4.45 petang, jadi jumpa anda di sana! – SARAWAKCROCS.COM/RSI
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Boleh, asalkan pemain sik ilek2 dah start planning nak pegi sine time semester break kelak. Semoga berjaya!
Boleh berik peluang Benedict Martin menonjol..
Mampu sekira nya bermain dengan semangat juang yg tinggi Dan jangan lepaskan peluang di depan gawang lawan,semoga berjaya
Terbaik sarawak……
Harap menang
Kalah 1- 5